mmmmm

...mmmmmm..

Monday, July 8, 2013

K.U.E.H R.A.Y.A.

Nak Raya, harga barang2 kat kedai pun naik, naik dan terus naik! Tiap2 tahun macam tu. Susah nak cari harga yang competitive sekarang ni. Emak saya kat kampung kata ,"Kek juliaBAKES mahal, tak boleh nak jual kat kampung!". Lagi katanya," Pakai ajelah Planta, kan murah. Dulu masa korang kecik, mak pakai Planta aje, sedap pun. Habis korang makan. Tak payah pakai butter butter ni, butter kan mahal. Tak pun pakai Buttercup aje, murah sikit!. Ramai orang pakai Buttercup aje, butter juga!". Haa..kau, amacam?

Memang ramai peniaga kueh Raya yang guna Buttercup aje dan menjualnya pada harga kueh yang menggunakan butter tulen. Bila kita tanya  guna butter ke majerin, dia kata,"ooo..saya tak guna majerin, saya guna butter tulen, Buttercup". Bila kita bagitau Buttercup bukan mentega, Buttercup majerin campuran, marah pulak!. Tak percaya, mati-mati kata Buttercup mentega tulen. Nyampah you! Tak kisahlah berapa RM awak nak jual kueh awak, kita tak jealous pun! Rezeki masing2 Allah dah tetapkan. Tapi bagilah info yang betul. Kalau orang bagitau, checklah dulu betul ke tidak. Tak payahlah nak melenting. Ada orang yang tak nak majerin atas sebab2 kesihatan. Banyak dah info tentang majerin ni. Cari ajelah di hujung jari anda. Ada orang sukakan bau butter yang semerbak. Kan, lain orang, lain kehendaknya. Jadi bagilah info yang betul.

Kueh Raya juiliaBAKES tahun ini hanya beberpa jenis sahaja yang larat kami buat. (Onliy our loyal customers' favourite yang mudah dibuat saja!). Kepada yang ngidam nak pecan pandan, tengok keadaan dulu, ya. Kami lebih kepada kek pada tahun ini. Kami hanya menggunakan mentega tulen untuk kueh2 Raya kami. Harga kami sama seperti dahulu RM25.00 sebalang.

Lovely Strawberry
True Love
Cereal Fizz..yang ini anak2 punya favourite.
Almond Cappuchino

Almond Crunchy

Dan ada juga, kami buat butter cookies untuk jualan pada tahun ini. Guna pure butter juga ya, bukan Buttercup! Gambar pulak tak ada, nantilah kami upload.

Untuk tahun ini, kami juga mengambil tempahan cheese tart untuk raya. Ramai pula yang minta untuk dibawa balik ke kampung nanti.


RM 40.00 - 50 pcs


Al Maknoon Store

Yeah! Ammar Azizi dan Ariff Zaqwan telah menyahut cabaran! Ceritanya...mereka berdua sibuk nak beli itu, ini, begitu begini yang memerlukan duit banyak yang tak tercapai oleh duit poket mereka!. Ye lah, duit yang mak bapak depa bagi tak cukup banyak kannn..kalau nak lebih kenalah usaha lebih, cari sendiri! Fikir punya fikir tentang apa nak buat, mereka pun tekad nak berniaga di facebook. Untuk permulaan, mereka menjual jus delima dan habbatussaudah (mencontahi Pak Hood mika). Mereka kongsi duit untuk modal barangan, buka page Al Maknoon Store, post apa2 yang patut, belajar macammana nak handle account dan mulalah beroperasi. Rasanya, banyak juga benda baru yang mereka belajar. Alhamdullillah. Tapi budak2 ni tiba2 pulak jadi pemalu, malu nak habaq kat orang pasai kedai depa! Hei..tak bersemangat gigih nak jadi bisnessmen! Bisness apa pun kalau orang tak tahu macamana nak jual kan.. He he ..bertolak-tolak nak habag! Alhamdullillah, dalam malu2 tu bergerak juga stok Al Maknoon ni nampaknya. Mereka dah mula tambah stok dan menambah barang di kedai. Dan ada staff juga untuk jawab sms ,telefon masa mereka di sekolah!! He he, siapa lagi staff depa kalau tak saya, No telefon Al Maknoon pun pinjam no ibu ya! Kenalah bayar gaji ya!

Seronok tengok mereka belajar dan alami perkara baru dalam hidup mereka. Sebagai ibu, yang baik kita beri sokongan, yang buruk kita jadikan sempadan! Dan kini produk juliaBAKES boleh juga didapati di Al Maknoon Store. Kawan2, lawatilah Al Maknoon Store di facebook ya. Kindly like Al Maknoon Store @ fb!

PROMO KEK RAYA @ AL MAKNOON STORE!
In Shaa Allah, semoga segala yang dirancang diperkenankan Allah. Amin.

Friday, July 5, 2013

Selamat datang ya Ramadhan!

Assalammualaikum. Lama rasanya tak jenguk blog ku ini. Pejam celik pejam celik, tahu-tahu Ramadhan dah nak tiba. Selamat datang ya Ramadhan. Semoga di tahun ini, kami tidak buat kerja sia-sia di bulan yang mulia ni. Semoga rahmat di bulan yang mulia ini milik kami. Ya ALLAH berilah kami hidayah untuk melalui hari-hari yang mendatang dengan tenang dan penuh kesyukuran di atas segala yang telah Engkau berikan. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. Rahmatilah kami dengan kehidupan yang baik di dunia dan di akhirat. Amin.

Friday, February 22, 2013

Salam Jumaat semua! Semoga hari ini penuh keberkatan untuk kita , melebihi hari semalam. Semoga hari ini lebih baik daripada semalam. Semoga ibadat kita pada hari ini pun lebih baik daripada semalam.
Finn dan Narra pun nak ucap Selamaat hari Jumaat juga!

                                                    Narra yang kecil, comel lote dan nakal!

                                          Finn. Baik sangat Finn ni tau!



Thursday, February 14, 2013


Kek -kek lobak merah berkekacang walnut yang sedia untuk dihantar semasa CNY tempohari. Sweet tak?
Tq for all orders. Semoga hidup anda melimpah ruah dengan baraqah Illahi.







Friday, February 1, 2013

Hitam itu menawan, lebih -lebih lagi kalau untuk kek choklat! Kek yang sentiasa ditempah oleh anak-anak saya. Mereka akan makan, makan  dan makan lagi!




Thursday, January 31, 2013

MCB


Transformasi marble cheese brownies. Sesuai untuk semua acara!