mmmmm
...mmmmmm..
Thursday, January 31, 2013
Wednesday, January 30, 2013
Carrot Walnut Cake
Ini kek-kek yang dibuat tempohari untuk majlis cukur jambul cucu jiranku yang baik hati, Kak Ira dan untuk dibawa balik ke Kampung Serkam. Tahniah Kak Ira , dah dapat cucu perempuan pula! Comel sangat Arissa ni, macam mamanya! Berbalik kepada kek lobak walnut tadi, suka sangat bau rempah ratus didalamnya. Kek ni dilitupi dengan cream cheese yang lemak manis dan dihias dengan taburan bunga-bunga kecil gumpaste. Sweet kannn...
Carrot walnut cake - plain
Size: 10" X 10"
Carrot walnut cake with cream cheese frosting
Size: 10" X 10"
he he.. kasarnya lepaan cream cheese ni, mentang-mentang untuk makan sendiri!
Labels:
carrot cake
Cantiknya kek itu!
Lama sungguh tak update blog ni. Setiap kali nak update, ada sahaja perkara yang menghalang. Ha ha ha....alasan! Tahun pun dah berganti. Sudah nak masuk bulan kedua 2013. Begitu cepat masa berlalu. Sekolah bermula sudah dan bermulalah aktiviti mengambil anak-anak dari sekolah. Nasib baik juga tahun ini, mereka berada di sesi yang sama. Taklah jenuh berulang alik.
Tahniah untuk anak-anak buahku yang mengambil peperiksaan UPSR 2012, iaitu Fiqah yang mendapat 5A dan kepada Norhan, jangan berputus asa. 5A bukan segala-galanya! Tahniah juga kepada yang mengambil PMR 2012, iaitu Fatin yang mendapat 9A, Aisyah yang mendapat 8A dan Shauqi yang mendapat 5A. Tahniah, syukur. Alhamdulillah, dengan izin ALLAH, berkat doa dan pengorbanan ibubapa, dengan usaha keras kamu semua, kamu semua berjaya. Jangan lupa untuk menghargai mereka-mereka yang telah membantu kamu mencapai kejayaan. Jangan lupa untuk bersyukur kepada Yang Maha Esa, sesungguhnyanya tanpa redha Allah, sia-sia hidup kita di dunia. Ingat tau, tanam dalam hati dan jiwa kata-kata Mak Long ni! Terutamanya untuk yang berhati batu dan berjiwa kosong! Siapa ya? You know who you are!! *whink whink*
Jom layan kek yang Mak Long buat untuk Auntie Zainon. Cantikkkann! Seronok sangat buat kek ni, tak sabar nak siapkan bunga-bunga tu! Nanti bila korang kahwin, Mak Long buatkan untuk hantaran yaaa! He he..
Saiz: 10" diameter, 4" tinggi.
Labels:
kek hantaran
Subscribe to:
Posts (Atom)