mmmmm

...mmmmmm..

Thursday, October 28, 2010

orang tersayang..

Siapa ya? Suami, ibubapa, anak-anak, adik beradik, kaum kerabat, sahabat, girlfriend, boyfriend...ramainya. Alhamdullillah jika kita dikurniakan dengan ramai orang-orang  yang kita sayang dan orang-orang yang sayang kita, di keliling kita. Seronoknya.

Hargailah mereka ini terutamanya ibubapa kita sementara mereka masih ada lagi di dunia ini. Luangkan masa untuk mereka. Bila usia semakin meningkat, saya selalu dapat merasakan betapa susahnya dulu emak saya menjaga saya! Dah lah degil, melawan pulak tu, suka pulak buat hal, asyik gaduh aje adik beradik! Bila saya taip perangai saya ni pun dah terasa penatnya nak menjaga budak sorang ni.. tu.. tak termasuk adik-adik saya yang 4 orang lagi! Lagi macam-macam perangai!

Saya selalu berdoa , Ya ALLAH, berikanlah kemuliaan kepada ibubapaku, rahmatilah mereka di dunia dan di akhirat. Ampunkan lah segala dosa-dosa mereka. Semoga ALLAH mengabulkan doa saya. Saya kira sebagai anak, memang tak terbalas jasa mereka. Walaupun kadang-kadang, ada juga perkara-perkara yang tidak mereka sedari yang mengguris hati kita , aahh.. lupakan saja. Pengorbanan mereka jauh lebih besar dari perkara yang mengguris hati itu! Cuba sedaya upaya untuk tidak menyakiti hati mereka melalui tingkah laku maupun kata-kata. Sebenarnya susah juga nak buat lebih-lebih lagi bila dapat ibu yang suka berleter..ooo panas telinga! Tapi dengan  rahmat ALLAH, insyaallah berjaya.

Emak saya pernah memberitahu, betapa rindunya dia pada nenek saya. Alhamdullillah, hubungan emak saya dengan arwah nenek baik, dapat meluangkan banyak masa untuk arwah nenek. Melayan arwah mengimbau kisah-kisah lama .. itulah kenangan yang melekat di hati, menghilangkan segala kesalan. Kini hanya doa penyambung rindu.

Thursday, October 21, 2010

COKLATKU..JOM LAYAN..








Sayang sayang buah kepayang..

Sudah lama rasanya tidak post apa-apa di sini. Jika nak diikutkan sibuk, memang tak habis! Apa yang menarik minggu ini? Rasanya budget baru negara ( yang menonjol dengan cadangan Menara Warisan setinggi 100 tingkat) dan Persidangan UMNO, parti Melayu terunggul di negara kita. Masih unggul lagi ke? Sepertimana kebiasaannya, persidangan ini diadakan di PWTC. Macam-macam isu yang dibangkitkan. Walau apa pun, saya masih menunggu dan mengharap, UMNO akan menjadi parti yang telus, parti jujur yang memperjuangkan nasib rakyat Malaysia. Bukan setakat menjadi tempat orang-orang tertentu memperkayakan diri sendiri sahaja! Sedih bila orang-orang Melayu yang diperjuangkan oleh UMNO sendiri meragui kejujuran UMNO. Tapi itulah hakikat yang perlu diakui UMNO. Oleh itu UMNO perlu berubah, bukan hanya cakap-cakap sahaja tetapi perubahan yang benar-benar tulus. Pasti akan ramai yang kembali ke pangkuan UMNO.

Politik negara ni amat menyesakkan hati, perasaan dan fikiran saya. Bukannya perjuangan itu yang menyesakkan saya tetapi tingkah laku penyokong-penyokong parti itu sendiri, baik parti pemerintah maupun parti pembangkang. Jika buka laman-laman web politik ni atau fb mereka, aduh.. meruntun jiwa. Kesal hati bila baca tulisan-tulisan mereka. Kebanyakannya anak-anak muda dan banyak juga yang terpelajar tetapi kenapa jadi begini? Saya hargai setiap pandangan dan pemikiran tetapi soalnya, kenapa tidak boleh disampaikan dengan cara yang baik, berhemah dan berbudi bahasa? Kenapa sengaja nak menyakitkan hati orang lain? Puas hati ke jika orang lain rasa sakit hati? Sedih, saya menggambarkan bagaimana jika anak-anak yang saya didik dengan penuh kasih sayang, dengan penuh tanggungjawab, yang telah saya bekalkan dengan nilai-nilai agama dan adab-adab Islam juga sifat-sifat ketimuran; di belakang saya, menulis perkara-perkara yang menyakitkan hati, kutuk-mengutuk, biadap dalam berbahasa dan tingkahlaku, aduhh..kecewanya! Walau setinggi manapun pencapaian seseorang jika tidak beradab dan berakhlak mulia ; tidak akan dipandang tinggi juga. Tidak akan diberi kemuliaan oleh ALLAH juga. Anak-anakku, jangan terperangkap dengan mainan syaitan. Stay cool ; tujuan hidup di dunia adalah untuk penghidupan yang kekal di akhirat. Buat sebanyak mana kebaikan di dunia untuk kebaikan di akhirat nanti. Sesungguhnya, janji ALLAH adalah benar.

Tuesday, October 12, 2010

KENANGAN DI HARI RAYA

                                           





  


              
                    
















                                                                                                                
  Gambar- gambar sambutan Hari Raya tempoh hari.

Friday, October 1, 2010

juliehanizah homemade

Hati berbunga-bunga! Tengoklah ni logo untuk bisness kueh Raya saya tempohari. Cantikkan! Terimakasih RAALAH MUHAMMAD kerana telah mereka logo yang cantik ni. Sesiapa yang nak design apa2 lah, kad kahwin ke, kad bisness ke, logo ke, apa2 lah bolehlah hubungi kawan saya yang baik hati ni.Terimakasih juga untuk sahabat saya NORAULHUDA yang amat rajin memasak, asyik2 cooking with love, cooking with love! Teruja melihat kerajinan Mak De ni. Menarik-narik hati untuk memasak!

Dulu saya memang tak suka memasak di dapur. Saya rasa amat lah remehnya. Tak kuasa gitu! Tetapi saya rajin pula untuk mengikuti kursus2 memasak..cuma bila nak memasak sendiri tu terasa berat lah pulak! Diam tak diam banyak juga kelas2 memasak yang saya telah hadiri, banyak jugalah RM yang telah saya laburkan. Tapi bila saya dah cuba, ehh..tak susah mana pun. Seronok juga dan rasanya sedap juga. Ehh ehh..ok lah, hobi yang menyeronokkan juga, cuma kena rajinlah sikit! Teruja betul dapat menghidangkan masakan kegemaran keluarga lebih2 lagi bila ada pula yang menghargai! Seronokkan!


Strawberry Lovely
True Love
Almond Cappuchino

Pecan Pandan