Sudah lama rasanya tidak post apa-apa di sini. Jika nak diikutkan sibuk, memang tak habis! Apa yang menarik minggu ini? Rasanya budget baru negara ( yang menonjol dengan cadangan Menara Warisan setinggi 100 tingkat) dan Persidangan UMNO, parti Melayu terunggul di negara kita. Masih unggul lagi ke? Sepertimana kebiasaannya, persidangan ini diadakan di PWTC. Macam-macam isu yang dibangkitkan. Walau apa pun, saya masih menunggu dan mengharap, UMNO akan menjadi parti yang telus, parti jujur yang memperjuangkan nasib rakyat Malaysia. Bukan setakat menjadi tempat orang-orang tertentu memperkayakan diri sendiri sahaja! Sedih bila orang-orang Melayu yang diperjuangkan oleh UMNO sendiri meragui kejujuran UMNO. Tapi itulah hakikat yang perlu diakui UMNO. Oleh itu UMNO perlu berubah, bukan hanya cakap-cakap sahaja tetapi perubahan yang benar-benar tulus. Pasti akan ramai yang kembali ke pangkuan UMNO.
Politik negara ni amat menyesakkan hati, perasaan dan fikiran saya. Bukannya perjuangan itu yang menyesakkan saya tetapi tingkah laku penyokong-penyokong parti itu sendiri, baik parti pemerintah maupun parti pembangkang. Jika buka laman-laman web politik ni atau fb mereka, aduh.. meruntun jiwa. Kesal hati bila baca tulisan-tulisan mereka. Kebanyakannya anak-anak muda dan banyak juga yang terpelajar tetapi kenapa jadi begini? Saya hargai setiap pandangan dan pemikiran tetapi soalnya, kenapa tidak boleh disampaikan dengan cara yang baik, berhemah dan berbudi bahasa? Kenapa sengaja nak menyakitkan hati orang lain? Puas hati ke jika orang lain rasa sakit hati? Sedih, saya menggambarkan bagaimana jika anak-anak yang saya didik dengan penuh kasih sayang, dengan penuh tanggungjawab, yang telah saya bekalkan dengan nilai-nilai agama dan adab-adab Islam juga sifat-sifat ketimuran; di belakang saya, menulis perkara-perkara yang menyakitkan hati, kutuk-mengutuk, biadap dalam berbahasa dan tingkahlaku, aduhh..kecewanya! Walau setinggi manapun pencapaian seseorang jika tidak beradab dan berakhlak mulia ; tidak akan dipandang tinggi juga. Tidak akan diberi kemuliaan oleh ALLAH juga. Anak-anakku, jangan terperangkap dengan mainan syaitan. Stay cool ; tujuan hidup di dunia adalah untuk penghidupan yang kekal di akhirat. Buat sebanyak mana kebaikan di dunia untuk kebaikan di akhirat nanti. Sesungguhnya, janji ALLAH adalah benar.

No comments:
Post a Comment