mmmmm

...mmmmmm..

Thursday, July 5, 2012

Nisfu Sya'aban

Pejam celik, pejam celik dah bertemu kita pada malam NISFU SYA'ABAN pada tahun ini. Cepatnya masa berlalu. Memang terasa bagai ditinggalkan waktu. Terkejar-kejar kita akannya sampai kadang-kadang tak terkejar! Banyaknya perkara yang kita rancang nak buat tidak terbuat. Apa pun yang penting, jika dah rancang nak buat sesuatu maka mulakan saja langkah yang pertama...InsyaALLAH.

NISFU SYA'ABAN merupakan malam naiknya buku amalan kita yang dicatat oleh malaikat ke langit untuk tahun itu. Semoga apa yang tertulis di buku amalan kita tu adalah perkara-perkara yang baik. Kalaupun penuh dengan perkara-perkara tak baik, minta-minta biarlah kita diberi hidayah dan kesempatan untuk bertaubat dan berbuat baik. Semoga hidup kita diakhiri dengan perkara yang baik-baik sahaja.


  CHOCOLATE  BROWNIES
9" X 9"



Wednesday, July 4, 2012

FOR HARI RAYA


New image

I am going to use a new image for my baking projects from now on. It's call juliaBAKES. No particular reason for the changes. Saja suka-suka!

Baking is a great hobby. It is able to make my children smile , able to clear my messy mind , able to make me use my Europa oven like a pro chef!! I am glad I bought this oven ten years ago. Though I started using it  only quite recently, for 3-4 years now, its a great oven. Tak banyak songel!




Tuesday, July 3, 2012

Untuk renungan..

"Jangan dirisau duit mu yang sedikit tetapi risaulah kepada iman mu yang nipis , jangan dirisau pada umur yang pendek tetapi risaulah pada amalan mu yang sikit"

Pernah dengar kata-kata ini? Kita selalu tersilap atau terlupa keutamaan dalam menjalani hidup kita seharian.
Selalu risau pada perkara yang tak sepatutnya kita risau. Lupa pada perkara yang sepatutnya menjadi keutamaan. Kadang-kadang tak lupa pun, ingat, tapi..degil!

Wahai hati, bukalah pintumu seluas-luasnya untuk menerima hidayah dari ALLAH. Bersyukurlah di atas segala kurniaanNYA walaupun sekecil hama. Buanglah egomu jauh-jauh...sesungguhnya engkau bukanlah sesiapa di sisi ALLAH. Hanya hambaNya yang beriman dan bertakwa sahaja yang akan dimuliakan di sisiNYA. Ya ALLAH! Jadikanlah kami dari golongan yang dimuliakan, yang menghargai cintaMU. Amin.