mmmmm

...mmmmmm..

Tuesday, July 3, 2012

Untuk renungan..

"Jangan dirisau duit mu yang sedikit tetapi risaulah kepada iman mu yang nipis , jangan dirisau pada umur yang pendek tetapi risaulah pada amalan mu yang sikit"

Pernah dengar kata-kata ini? Kita selalu tersilap atau terlupa keutamaan dalam menjalani hidup kita seharian.
Selalu risau pada perkara yang tak sepatutnya kita risau. Lupa pada perkara yang sepatutnya menjadi keutamaan. Kadang-kadang tak lupa pun, ingat, tapi..degil!

Wahai hati, bukalah pintumu seluas-luasnya untuk menerima hidayah dari ALLAH. Bersyukurlah di atas segala kurniaanNYA walaupun sekecil hama. Buanglah egomu jauh-jauh...sesungguhnya engkau bukanlah sesiapa di sisi ALLAH. Hanya hambaNya yang beriman dan bertakwa sahaja yang akan dimuliakan di sisiNYA. Ya ALLAH! Jadikanlah kami dari golongan yang dimuliakan, yang menghargai cintaMU. Amin.

No comments:

Post a Comment