mmmmm

...mmmmmm..

Tuesday, October 18, 2011

PUCUK UBI MASAK LEMAK TEMPOYAK WITA


 Seperti yang dijanjikan , ini dia resepi tempoyak Wita yang famous tu. Tetapi bila saya cuba memang tak dapat rasa sesedap masakan emak Wita. Memang lah ni.. nak kena minta Wita masak untuk kita juga!


Pucuk Ubi Masak Lemak Tempoyak Wita



Bahan-bahan
cili padi - tumbuk lumat bersama-sama kunyit hidup
ikan bilis/ udang/ ikan tenggiri- pilih mana suka untuk perencah
tempoyak durian(3-4 sudu)
santan - dari 1 biji kelapa
garam secukup rasa
asam keping - jika perlu
pucuk ubi, daun kunyit, pucuk labu, serai(4-6 batang), jantung pisang- jika suka
petai- kopek seperti nak buat sambal tumis


Caranya;
1. Hiris halus pucuk-pucuk sayur dan serai ; macam bunga rampai.
2. Campurkan tempoyak dan santan, kacau hingga sebati.
3. Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Biar sehingga mendidih , rasa; jika kurang masam, masukkan asam keping sedikit. Biasanya, tempoyak sudah sedia masam.
4. Masak sehingga kuah kering dan hidangkan. Makan dengan roti pun sedap!




Thanks Wita for the recipe, love u!
*  he he..title blog ni memang akan bertukar judulnya setiap kali! ikut suka hati suka rasa ku! *wink wink

Monday, October 17, 2011

GIRLS' DAY OUT


Bukan senang kami nak berkumpul, menghabiskan waktu senggang bersama. Ahad 16 Oktober, Alhamdulillah dengan izinNya, dapat kami berempat (Su, Lin, Alamah dan saya) menuju ke Bangi menziarahi sahabat yang akan berangkat menunaikan haji ke Mekah Al Mukarramah.

Walaupun sesat semasa nak ke sana tetapi sampailah juga akhir nya. Dah lama tak ke Bangi. Terasa jauhnya. Kali terakhir saya ke Bangi adalah semasa ke rumah Dr Rahimah, sifu homemade coklat yang terkenal tu. Entah dah berapa tahun dahulu! Rumah bapa Zairul ni pun terletak tak jauh dari rumah Dr. Rahimah.

Oleh kerana kami sampai dah agak petang, tak ramailah sahabat lain yang dapat kami temui. Walaubegitu, kami sempat bertemu Bakhtiar (ABA Akitek) dan family. Bakh ni masih macam dulu juga. Cool. Ra'alah dan Zairul nampak penat, ramai sangat melayan tetamu agaknya. Mereka bertolak dari JB pagi tu dan akan berangkat pulang ke JB malam itu juga. Mana tak penat, kan. Bab makan pula , wahhh.. sedapnya menu depa! Masakan kampung! Ada gulai tempoyak, macam yang selalu Wita bawa dari kampung dulu. Tak puas makan, siap tapau lagi!! Bila terjumpa gulai tempoyak mesti saya teringat pada Norwita Hasalli. Gulai tempoyak Wita memang melotup! Lepas ni, kita cari Wita pula. Ok Su?

Balik tu kami singgah di rumah Dr. Alamah Misni. Solat asar dan tunggu hingga menjelang maghrib. Sepanjang perjalanan pergi dan balik tu, penuh dengan gurau tawa. Sampai bergegar kereta agaknya! Sampaikan masing-masing sakit rahang! Gelak tak ingat! Astaghfirullah al azim.

Sesekali berjumpa, macam-macam cerita keluar. Masa terasa terlalu cepat berlalu. Kalau tak bersebab, memang susah nak jumpa. Apalagi nak duduk berborak, gurau senda lama-lama begitu. Masing-masing sibuk dengan urusan masing-masing. Nanti lah, bila-bila kita buat outing bersama lagi. Bila ya?

Kepada Ra'alah dan Zairul, doa kami bersama kalian. Semoga dianugerahi haji yang mabrur, dilimpahi nikmat dan kurniaNYA yang tak terhingga. Semoga selamat pergi dan selamat kembali. :)

p/s: sorrylah, memang tak de gambar sebab terlupa nak snap gitu..!

nanti saya post kan resepi tempoyak Wita yang enak tu di sini. wink*wink*

Wednesday, October 12, 2011

sahabat

Hati berbunga pagi hari ini. Sebabnya? Saya sudah lama tak layan fb. Bukannya protes atau apa, cuma malas!
Tapi lewat pagi  ni, rajin pulak jengok-jengok apa cerita kenkawan. Terserempak pulak kawan lama, sejak dari sekolah rendah dulu. Dah lama kami tak jumpa, rasanya sejak lepas SPM. Lama tuu..

Kawan saya tu, saya panggil dia Lin. Orangnya cantik dan baik hati. Ramai peminat dia ni dulu sampai... kesian kat dia, peminat dia extreme! Rupanya orang yang cantik dan banyak peminat ni, tension juga hidupnya. Kejap2 ada aje mamat yang nak berkenalan. Kelakar pun ada. Macam2 gaye orang nak memikat ni, kan Lin!

Kawan saya ni memang cool. Banyak aktiviti gila yang kami buat bersama. Entah apa-apa lah kerja kami semasa zaman remaja dulu (rahsia!). Ada aje benda nak dibuat, tempat nak dituju. Kelakar gila bila diingat-ingat! Remaja lah katakan. Jadi sekarang bila anak remaja kita nak ke sana situ sini, nak buat itu ini, tak boleh lah nak disekat sangat. Remaja, makin disekat makin nak cuba. Asal tidak memudaratkan dan tidak menjolok mata, tidak melanggar hukum hakam , tidak memalukan diri sendiri dan keluarga, tidak...(oii..banyaknya tidak!) izinkan sajalah. Kalau dah memberontak nanti, kita juga yang susah.

Berbalik pada Lin, dia ni sekarang dah duduk di Pahang .Patutlah dah lama tak dengar khabar. Kami memang betul2 putus hubungan. Nasib baik ada fb. Pagi ni, dalam berbual bertanya khabar, teringat saya akan kisah-kisah lama kami dulu. Memori indah, seronok bila dikenang. Terimakasih Lin kerana menjadi sahabat yang baik mewarnai kehidupan saya. Harap2 dapat kita jumpa lagi. Mesti seronok!

Saturday, October 8, 2011

Belanjawan Negara 2012

Belanjawan negara bagi tahun 2012 telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Datok Seri Najib pada hari Jumaat 7/10/2011. Ramai mengatakan ianya hanyalah belajawan memancing undi untuk PRU 13. Mungkin betul. Kalau betul pun, salah ke? Salah ye? Tapi.. bukankah sebagai negara yang demokratik, kuasa di tangan rakyat? Yang pentingnya, rakyat mestilah bijak. Beritahu kerajaan pemimpin macamana yang kita mahu, pimpinan macamana yang kita nak! Bukan begitu? Apapun orang nak kata, belanjawan ini memanglah amat melegakan rakyat jelata macam patik ni. Walau siapapun yang memerintah, mereka mestilah memastikan kebajikan rakyat.

Perbelanjaan sara hidup yang meningkat tinggi berbanding dengan kenaikan gaji yang tidak seberapa amatlah membebankan rakyat. Harga barangan makanan yang semakin hari semakin tinggi memang merunsingkan. Tengoklah harga rumah kat Lembah Kelang sekarang ni, tinggi macam tak logik aje! Rumah teres 2 tingkat kat tempat jin bertendang pun dah mencapai RM 300 ribu! Gaji budak 'fresh graduate' baru berapa..silap2 tak sampai RM 2 ribu, bila masa lah nak dapat beli rumah! Alamatnya, yang kaya makin kaya, yang susah pula bertambahlah susah. Itu baru susah golongan pertengahan, belum lagi kesusahan mereka yang fakir dan miskin. Susahnya mereka sukar nak kita selami.

Jadi, Belanjawan 2012 memang kena pada waktu dan ketikanya. Kerajaan memang prihatin akan kesusahan rakyat. Banyak yang kerajaan pertimbangkan untuk rakyat contohnya para guru yang mendapat kenaikan tinggi. Diharap juga ianya akan dapat membantu mengembalikan prestij kepada kerjaya guru. Ibubapa pun seronok juga dapat menyekolahkan anak-anak dengan percuma di sekolah-sekolah kerajaan. Bantuan persekolahan pelajar sekolah sebanyak RM 100 seorang memang tidak dijangka. Begitu juga dengan bantuan buku sebanyak RM 200 kepada pelajar IPTA, tingkatan 6 dan seumpamanya. Bestkan! Walaupun pada kita ianya tidak seberapa tetapi bayangkan sumbangannya kepada mereka yang benar-benar tertekan dengan kenaikan harga barangan.

Tapi.. jangan pulak lepas ni, makin melambung-lambung pulak harga barang-barang keperluan! Walaupun untuk pekerja swasta, mmm... tidak lah memberi kelegaan sangat budget ni, tetaplah juga bersyukur. Sekurang-kurangnya lepas ni penjawat awam lebih bermotivasi untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada kita! Cuma takut, indah khabar dari rupa aje budget ni...Perlaksanaan..hampeh!

Kepada yang nak mendapatkan teks ucapan itu, pergilah disini.

Thursday, September 29, 2011

INFO ORDER: FRUIT CHEESE TARTLET

Now available :  CHOC FRUIT CHEESE TAR
                          Fruit available : fresh strawberry, kiwi, blueberry
                         
 choc kiwi cheese tart

 choc orange cheese tart

 choc strawberry cheese tart 




                                         



INFO ORDER: CHOCOLATE CHEESE TARTLET

                                         
Now available : *CHOC CHEESE TARTLET W/WO WALNUT
                          *high quality chocolate

                                       
                                           Walnut choc cheese tartlet


                                          Choc cheese tartlet

Wednesday, September 28, 2011

paris and lux

Inilah dia PARIS dan LUX. Mereka ni kucing adik-beradik yang kami bela sementara sebelum diserahkan kepada Tasya, tuanpunya rasmi mereka.

Paris; yang berwarna putih coklat bermata biru manakala Lux pula adalah yang berwarna kelabu belang. Tak macam adik beradik pun kan!
Diaorang ni memang kuat makan dan suka bermain.
Paris ni kaki buli. Apa yang Lux ada semua dia kacau. Lux pula, cool punya kaki. Malas nak melayan adik dia kot.

Sekarang mereka dah tinggal bersama Tasya. Seronoklah Tasya dapat bermain dengan mereka.
Sedih lah Akmal, tak dapat mandikan mereka lagi. Suka lah nenek, tak payah nak bising kot-kot
mereka berak bersepah dalam rumah!



SAJA...

Tujuan masa mula-mula buat blog ni adalah sebagai 'try an eror' blog. Almaklum, kita ni memang al rabun (belum buta lagi,ok!) al Internet!
Dah lah al rabun, tak larat pulak nak menghadap lappy ni selalu. Pedih mata. Tu lah pasal, nukilan kat sini, kejap ada kejap tak de, kejap cam gitu kejap camgini, kejap macam-macam ada kejap langsung takde! Tapi memang slow gila blog ni bergerak, kadang-kadang rasa macam tak bergerak pun. ..he he he..

Saturday, August 13, 2011

ariff's birthday cake

This was Ariff's birthday cake. We celebrated his birthday on 22 th. July 2011.



I was so excited decorating this cake. This was my first try with fondant. It was fun and the final outcome was not bad either. (Ariff complained the figure was too fat and it's face cracked.)
Anyway, everybody said the cake sedap.



Ariff Zaqwan bin Azhar is my youngest child. He is sweet and adorable. He loves children. All the little cousins in the family love him (bigger cousins included). However, when his naughty mode is on, he will definitely gives you headache. At that time.never said the word 'dont'. The word 'please' won't help either. Only my magic cane and cili padi help!



Ariff is also a very good negotiator.
He will negotiate with you on almost everything you asked him to do!



He loves cooking too! Fried egg, fried rice, spagetti olio, bologneese are some of his favourite recipe. He
is also quite business minded. He once sold a 30 sen eraser for RM 1.00, after he carved it into an elephant! He sold his  art block, his pencil and also his lunch pack! And they do butter trade too!                                        
                                       
                               

That is my sweet Ariff! He will never forget to buy me
red rose on special occasion with his own pocket money!

WILL ALWAYS LOVE YOU, ARIFF!












cupcakes







Wednesday, August 10, 2011

cupcakes



 

  







                                                                     



amelia aka shanaz



Just look at her hair.. so cute! This is Amelia, my youngest SIL's only child. She is just amazing, funny, adorable, u name it, she has it all!

Wednesday, May 4, 2011

cupcakes




HAPPY BIRTHDAY ATOK! Semoga diberi kebaikan oleh ALLAH di dunia dan akhirat, from us, your beloved anak-anak & cucu-cucu!
Ha.. dah lama tak main dengan nozzle, tiba-tiba teringin pula nak buat cc untuk birthday atok budak-budak ni. Dan hasilnya..tadaaa.. which I thought not that bad! Tho tulisan ketar gila tapi.. boleh lah tu, first time buat selepas belajar dengan loveliana bertahun-tahun dahulu! TQ Liana atas segala tunjuk ajar. Dulu, suka2 aje belajar, lepas tu simpan semua dalam laci. Tak rasa nak buat lagi dah, rasa macam lecehlah..remehlah! Tapi bila usia dah meningkat ni, terasa teringin nak buat, seronoknya bila dapat main2 dengan gula dan mentega! Ralit mendeco cc ni! Bila tengok cc/kek yang orang lain deco tu, cantik ya amat..huu..geramnya! Bila lah kita ni nak rajin macam depa tuu! Tepuk dada tanyalah diri sendiri, kan!

Sunday, May 1, 2011

apam dot dot a.k.a dragonball




Latest craze in my small kitchen! Variety of fillings; choc, kaya, blueberry & strawberry. But my sons love it plain (without any filling) with white grated coconut. As for me, I like the one with handmade kaya filling; heaven!
sebonarnyo, bukan apam pun! tapi..kek kukus.