Bukan senang kami nak berkumpul, menghabiskan waktu senggang bersama. Ahad 16 Oktober, Alhamdulillah dengan izinNya, dapat kami berempat (Su, Lin, Alamah dan saya) menuju ke Bangi menziarahi sahabat yang akan berangkat menunaikan haji ke Mekah Al Mukarramah.
Walaupun sesat semasa nak ke sana tetapi sampailah juga akhir nya. Dah lama tak ke Bangi. Terasa jauhnya. Kali terakhir saya ke Bangi adalah semasa ke rumah Dr Rahimah, sifu homemade coklat yang terkenal tu. Entah dah berapa tahun dahulu! Rumah bapa Zairul ni pun terletak tak jauh dari rumah Dr. Rahimah.
Oleh kerana kami sampai dah agak petang, tak ramailah sahabat lain yang dapat kami temui. Walaubegitu, kami sempat bertemu Bakhtiar (ABA Akitek) dan family. Bakh ni masih macam dulu juga. Cool. Ra'alah dan Zairul nampak penat, ramai sangat melayan tetamu agaknya. Mereka bertolak dari JB pagi tu dan akan berangkat pulang ke JB malam itu juga. Mana tak penat, kan. Bab makan pula , wahhh.. sedapnya menu depa! Masakan kampung! Ada gulai tempoyak, macam yang selalu Wita bawa dari kampung dulu. Tak puas makan, siap tapau lagi!! Bila terjumpa gulai tempoyak mesti saya teringat pada Norwita Hasalli. Gulai tempoyak Wita memang melotup! Lepas ni, kita cari Wita pula. Ok Su?
Balik tu kami singgah di rumah Dr. Alamah Misni. Solat asar dan tunggu hingga menjelang maghrib. Sepanjang perjalanan pergi dan balik tu, penuh dengan gurau tawa. Sampai bergegar kereta agaknya! Sampaikan masing-masing sakit rahang! Gelak tak ingat! Astaghfirullah al azim.
Sesekali berjumpa, macam-macam cerita keluar. Masa terasa terlalu cepat berlalu. Kalau tak bersebab, memang susah nak jumpa. Apalagi nak duduk berborak, gurau senda lama-lama begitu. Masing-masing sibuk dengan urusan masing-masing. Nanti lah, bila-bila kita buat outing bersama lagi. Bila ya?
Kepada Ra'alah dan Zairul, doa kami bersama kalian. Semoga dianugerahi haji yang mabrur, dilimpahi nikmat dan kurniaNYA yang tak terhingga. Semoga selamat pergi dan selamat kembali. :)
p/s: sorrylah, memang tak de gambar sebab terlupa nak snap gitu..!
nanti saya post kan resepi tempoyak Wita yang enak tu di sini. wink*wink*
No comments:
Post a Comment