mmmmm

...mmmmmm..

Saturday, October 8, 2011

Belanjawan Negara 2012

Belanjawan negara bagi tahun 2012 telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Datok Seri Najib pada hari Jumaat 7/10/2011. Ramai mengatakan ianya hanyalah belajawan memancing undi untuk PRU 13. Mungkin betul. Kalau betul pun, salah ke? Salah ye? Tapi.. bukankah sebagai negara yang demokratik, kuasa di tangan rakyat? Yang pentingnya, rakyat mestilah bijak. Beritahu kerajaan pemimpin macamana yang kita mahu, pimpinan macamana yang kita nak! Bukan begitu? Apapun orang nak kata, belanjawan ini memanglah amat melegakan rakyat jelata macam patik ni. Walau siapapun yang memerintah, mereka mestilah memastikan kebajikan rakyat.

Perbelanjaan sara hidup yang meningkat tinggi berbanding dengan kenaikan gaji yang tidak seberapa amatlah membebankan rakyat. Harga barangan makanan yang semakin hari semakin tinggi memang merunsingkan. Tengoklah harga rumah kat Lembah Kelang sekarang ni, tinggi macam tak logik aje! Rumah teres 2 tingkat kat tempat jin bertendang pun dah mencapai RM 300 ribu! Gaji budak 'fresh graduate' baru berapa..silap2 tak sampai RM 2 ribu, bila masa lah nak dapat beli rumah! Alamatnya, yang kaya makin kaya, yang susah pula bertambahlah susah. Itu baru susah golongan pertengahan, belum lagi kesusahan mereka yang fakir dan miskin. Susahnya mereka sukar nak kita selami.

Jadi, Belanjawan 2012 memang kena pada waktu dan ketikanya. Kerajaan memang prihatin akan kesusahan rakyat. Banyak yang kerajaan pertimbangkan untuk rakyat contohnya para guru yang mendapat kenaikan tinggi. Diharap juga ianya akan dapat membantu mengembalikan prestij kepada kerjaya guru. Ibubapa pun seronok juga dapat menyekolahkan anak-anak dengan percuma di sekolah-sekolah kerajaan. Bantuan persekolahan pelajar sekolah sebanyak RM 100 seorang memang tidak dijangka. Begitu juga dengan bantuan buku sebanyak RM 200 kepada pelajar IPTA, tingkatan 6 dan seumpamanya. Bestkan! Walaupun pada kita ianya tidak seberapa tetapi bayangkan sumbangannya kepada mereka yang benar-benar tertekan dengan kenaikan harga barangan.

Tapi.. jangan pulak lepas ni, makin melambung-lambung pulak harga barang-barang keperluan! Walaupun untuk pekerja swasta, mmm... tidak lah memberi kelegaan sangat budget ni, tetaplah juga bersyukur. Sekurang-kurangnya lepas ni penjawat awam lebih bermotivasi untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada kita! Cuma takut, indah khabar dari rupa aje budget ni...Perlaksanaan..hampeh!

Kepada yang nak mendapatkan teks ucapan itu, pergilah disini.

No comments:

Post a Comment