Hati berbunga pagi hari ini. Sebabnya? Saya sudah lama tak layan fb. Bukannya protes atau apa, cuma malas!
Tapi lewat pagi ni, rajin pulak jengok-jengok apa cerita kenkawan. Terserempak pulak kawan lama, sejak dari sekolah rendah dulu. Dah lama kami tak jumpa, rasanya sejak lepas SPM. Lama tuu..
Kawan saya tu, saya panggil dia Lin. Orangnya cantik dan baik hati. Ramai peminat dia ni dulu sampai... kesian kat dia, peminat dia extreme! Rupanya orang yang cantik dan banyak peminat ni, tension juga hidupnya. Kejap2 ada aje mamat yang nak berkenalan. Kelakar pun ada. Macam2 gaye orang nak memikat ni, kan Lin!
Kawan saya ni memang cool. Banyak aktiviti gila yang kami buat bersama. Entah apa-apa lah kerja kami semasa zaman remaja dulu (rahsia!). Ada aje benda nak dibuat, tempat nak dituju. Kelakar gila bila diingat-ingat! Remaja lah katakan. Jadi sekarang bila anak remaja kita nak ke sana situ sini, nak buat itu ini, tak boleh lah nak disekat sangat. Remaja, makin disekat makin nak cuba. Asal tidak memudaratkan dan tidak menjolok mata, tidak melanggar hukum hakam , tidak memalukan diri sendiri dan keluarga, tidak...(oii..banyaknya tidak!) izinkan sajalah. Kalau dah memberontak nanti, kita juga yang susah.
Berbalik pada Lin, dia ni sekarang dah duduk di Pahang .Patutlah dah lama tak dengar khabar. Kami memang betul2 putus hubungan. Nasib baik ada fb. Pagi ni, dalam berbual bertanya khabar, teringat saya akan kisah-kisah lama kami dulu. Memori indah, seronok bila dikenang. Terimakasih Lin kerana menjadi sahabat yang baik mewarnai kehidupan saya. Harap2 dapat kita jumpa lagi. Mesti seronok!

No comments:
Post a Comment